11 Mar 2012

10 MAC 1970






Pada tarikh keramat di atas, tepat jam 9.50 pagi, kedengaran nyaring suara tangisan bayi perempuan...
' Cahaya Alam Semesta ' maksud nama diberi oleh Ayahandaku.. Terima kaseh yang tidak terhingga buat Ayahanda serta Bondaku,  kerana mereka berdualah aku dapat melihat dunia ini... Juge ku panjatkan rasa Syukur kepadaMu Ilahi kerana lahirku dengan sempurna sifat fizikal, rohani dan pancaindera... Kata Bondaku, rambutku sungguh lebat waktu dilahirkan...

Begitu deras ye masa berlalu, pejam celik-pejam celik,  da 42 tahun aku jadi penghuni bumi Allah ni...
Aku amat2 bersyukur dengan kehidupanku sekarang ini... Berbahagia di samping insan2 yang ku sayang...  Moga segala kebahagian ini menjadi milikku ke akhirnya, Amin

SEPI

Keluargaku bukanlah besar, apatah lagi bila aku tinggal nun jauh di Selatan M'sia... Jauh dari Bondaku, adik-beradikku, saudara maraku dan sahabat handai zmn persekolahanku... Aku perlu berkorban semua itu demi tugas suamiku di luar sempadan...Namun aku bersyukur kerana hampir 20 tahun aku menetap di sini, ramai sahabat handai menjadi tempat meluangkan masa dan membuang jauh rasa sepi... Namun adakalanya sepi itu indah bila kita perlu untuk bersendirian..



Tiada apa lagi yang inginku gapai sekarang melainkan ingin melihat kejayaan anak2ku Si Kakak dan Pika... Doaku sentiasa mengiringi kalian berdua...

Pohonku padaMu ya Allah, izinkan aku menemui lagi tarikh keramat di atas untuk tahun2 seterusnya,,, Amin

No comments:

Post a Comment