SAHABATKU, TEMAN SETIAKU, JUGA KAKAK KEMBARKU DI SEKOLAH.
Salam jumpe lagi teman2ku sekelian......
Rasanye tak lengkap hidup kita kalau tak ade sorang kawan yang boleh mendengar dalam ape jua situasi. Sudi menjadi pendengar setia dalam susah senang, dalam suka duka dan membimbing tatkala aku terkapai2 mencari titik noktah...
Kak Hazizah Md Zin..
Kedatanganku ke SKTTA2 pada tanggal 20 Mac 2007 masih segar dalam ingatanku.. Aku takut nak bertegur sapa dengannya kerana ku lihat wajahnya agak serious.. Tapi benar kata bijak pandai, Tak Kenal Maka Tak Cinta.... Putaran masa menentukan segalanya. Kami semakin rapat dan akhirnya aku dapat rasa kasih sayang seorang kakak darinya. Dia tak pernah melupakan aku jika masak makanan yang enak2.. Pasti ada bekal untukku...
Kami pasti akan luangkan masa bersama2 kiranya ada waktu terluang.. Paling2 tidak, Window Shopping di Angsana....
Kenangan paling indah ialah waktu kami sama2 meredah beting pasir untuk mengutip sejenis siput (Gonggong) di kampungnya, Kg Pok, Gelang Patah... Adik-beradiknya sudah ku kenali, malah kampungnya juga sudah seperti kampungku juga... Aku juga turut merasa kesedihannya tatkala dia kehilangan insan teristimewa dalam hidupnya, iaitu Ibunya... Perginya dengan amat mudah, tidak disangka2.... Moga arwah ditempatkan di kalangan umat yang beriman, Amin...
Doaku, biarlah persahabatan kami ini kekal ke akhir usia.. Biarlah hancur badan dikandung tanah, budi yang baik akan ku kenang jua..
Harapanku, jika ada kilaf tutur bicaraku, jika ada pincang langkah kakiku dan jika ada tersasar pandangan pancainderaku, tegurlah, perbetulkanlah dan sedarkanlah..... Sesungguhnya aku ini manusia kerdil yang tak lari dari silap dan salah..
Pengakhir bicara,
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA INSAN YANG BERGELAR PENDIDIK
Ni la dinamakan Sahabat sejati..sehidup semati.
ReplyDelete